Monday, August 22, 2016

UPSR HAMPIR TIBA

Selamat menempuh Ujian Penilaian Sekolah Rendah kepada semua murid tahun 6 tahun 2016. Semoga memperoleh keputusan yang cemerlang. Selamat berjuang.

Tuesday, October 8, 2013

Sambutan Bulan Kemerdekaan dan Hari Malaysia

Acara utama untuk mengisi Program Sambutan Bulan Kemerdekaan dan Hari Malaysia pada tahun ini ialah acara berbasikal sejauh hampir 15 kilometer. Kembara Merdeka ini telah disertai seramai 60 orang murid dan diiringi oleh guru-guru dan kakitangan. Jawatankuasa penganjur telah mendapat kerjasama daripada pihak polis untuk mengawal keselamatan peserta-peserta sepanjang perjalanan. Terima kasih kepada semua yang telah terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan program ini.

Peserta-peserta sedang bersiap sedia untuk Program Kembara Merdeka

Cikgu juga turut mengambil bahagian


Basikal dihias dengan bendera Malaysia

Semasa berhenti rehat di rumah seorang kakitanga sekolah ini



Kami telah berjaya menjayakan misi ini!

Lawatan Sambil Belajar Ke Pahang dan Terengganu

Pada tahun ini, Jawatankuasa Program Pelancongan SK Mentera telah menganjurkan lawatan sambil belajar ke Pahang dan Terengganu. Lawatan selama dua hari itu meliputi kunjungan ke Bukit Gambang Water Park, Muzium Negeri Terengganu, Taman Tamadun Islam, Pusat Sains Negeri Terengganu dan Kedai Payang.


Bergambar kenangan di pintu masuk Bukit Gambang Water Park

Seronoknya main air sambil naik pelampung

Salah satu kolam yang terdapat di Bukit Gambang Water Park

Sekitar Bukit Gambang Water Park

Bergambar kenangan di hadapan Muzium Negeri Terengganu

Peserta lawatan menaiki tram di Taman Tamadun Islam Terengganu

Masjid Kristal, Pulau Wan Man, Terengganu

Monday, October 7, 2013

CEMERLANG KOKURIKULUM

Syabas dan tahniah kepada murid-murid yang mewakili sekolah dan memenangi pelbagai pertandingan yang diadakan di peringkat sekolah, QIT Kota Jembal, peringkat MSSD Kota Bharu dan peringkat MSSK Kelantan.
Pada tahun ini sekali lagi Pasukan Batu Seremban SK Mentera menjuarai Pertandingan Batu Seremban Peringkat MSSK yang telah diadakan di Pusat Kokurikulum Tangok, Bachok, Kelantan. Setinggi-tinggi penghargaan kepada wakil sekolah tersebut.



Gambar atas - Sekitar Pertandingan Batu Seremban Peringkat QIT Kota Jembal yang berlangsung di Sekolah Kebangsaan Mentera.




Peserta bergambar dengan piala yang dimenangi
 Gambar atas - Sekitar Pertandingan Batu Seremban Peringkat MSSK

AKTIVITI SEKOLAH SEPANJANG TAHUN 2013

Majlis Penyampaian Bantuan Awal Persekolahan




1Murid 1Sukan




Kursus Kepimpinan Jawatan Utama Murid




Majlis Pelantikan Pengawas, Pustakawan, Ketua Kelas dan Penolong Ketua Kelas





Majlis Maulidur Rasul
 

















Wednesday, August 21, 2013

Makluman

Persekolahan ganti pada hari Sabtu (24 Ogos 2013), jadual hari Ahad. Harap murid-murid mengambil maklum akan hal ini.

Belasungkawa

Takziah kepada keluarga guru-guru SK Mentera yang kehilangan anggota keluarga tercinta.

1. Cikgu Mazalan Daud - kematian anak lelaki (maaf lupa bulan berapa) akibat kemalangan jalanraya dan isteri (21 Ogos 2013).
2. Cikgu Zaiton Roni - kematian anak lelaki (Julai 2013) akibat kemalangan jalanraya.

Admin - Al Fatihah kepada arwah.