Friday, December 24, 2010

Aktiviti 2010

Sepanjang tahun 2010 pelbagai aktiviti telah dilaksanakan diantaranya ialah Pendaftaran Murid Tahun Satu, Motivasi Ibu Bapa dan Kesyukuran UPSR 2009, Majlis Pelantikan Pengawas, Pustakawan, Ketua Darjah dan Penolong Ketua Darjah, Sambutan Maulidur Rasul, Sukan Tahunan, Mesyuarat Agung PIBG, Lawatan Ke Pesta Buku dan Ceramah Rawatan Pergigian.

Mesyuarat Agung PIBG 2010

Mesyuarat Agung PIBG SK Mentera bagi kali ke-26 ini telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia Datuk Fauzi
bin Ismail, Ketua UMNO Bahagian Kubang Kerian.
 

Motivasi Keibubapaan 2010 dan Kesyukuran UPSR

Sudah menjadi kelaziman, pada setiap tahun akan diadakan Program Motivasi kepada para ibu bapa murid-murid tahun 6. Serentak dengan program motivasi pada tahun ini turut diadakan majlis kesyukuran UPSR kerana mendapat pencapaian terbaik dan itu merupakan satu rekod baru bagi sekolah ini. Seramai 13 orang calon UPSR 2009 telah mendapat 5A dan 7 orang mendapat 4A1B dengan peratus amnya melebihi 87%.
    
    
                                       
Latihan Dalam Perkhidmatan (Headcount)

Sebagai sebuah sekolah yang dikategorikan sebagai sekolah 5 bintang, pelbagai aktiviti telah dijalankan khusus untuk guru-guru bagi memantapkan lagi pengurusan di sekolah. Pada cuti pertengahan penggal pertama yang lalu telah diadakan Kursus Headcount di Makmal Komputer SK Mentera. Kursus ini telah disampaikan oleh Cikgu Arif dan Cikgu Nordin sebagai penyelaras headcount sekolah.



Sukan Tahunan


PROGRAM REHAT MINDA

Tarikh : 4 Ogos 2010

ATURCARA

8.00 pagi - Bertolak ke Muzium Negeri
8.30 pagi - Melawat Muzium Negeri
9.30 pagi - Bertolak ke Perdana Resort
10.15 pagi - Di jangka sampai di Perdana Resort
10.30 pagi - Program Rehat Minda Bermula
12.00 tgh - Makan tengahari
12.30 tgh - Sambungan Program Rehat Minda
3.00 ptg - BBQ
5.30 ptg - Bertolak pulang


GAMBAR SEKITAR PROGRAM REHAT MINDA



Lawatan ke Terengganu

Pada 10 November 2010, SK Mentera telah menganjurkan satu lawatan sambil belajar ke negeri Terengganu. Seramai lebih kurang 120 orang peserta telah mengikuti lawatan itu. Peserta rombongan terdiri daripada 24 orang guru dan kakitangan dan selebihnya murid-murid tahun 6, tahun 5 dan anak-anak kakitangan.
Rombongan kami bertolak lebih kurang pukul 8.00 pagi dengan tiga buah bas yang disewa khas dan diiringi oleh sebuah kereta guru.
Rombongan kami telah berkesempatan melawat beberapa tempat menarik di Negeri Terengganu seperti Muzium Negeri, Taman Tamadun Islam, Pasar Payang dan Pantai Batu Buruk. Oleh sebab kekangan masa dan cuaca kami tidak sempat melawat Platentarium dan Masjid Terapung. Rombongan kami selamat kembali ke sekolah lebih kurang pukul 11.00 malam.













No comments:

Post a Comment