Thursday, December 23, 2010

SEJARAH SEKOLAH

Sekolah Kebangsaan Mentera mula diasaskan pada tahun 1953 oleh Encik Saufi bin Idris dengan nama asalnya Sekolah Umum Saufi Mentera yang kemudiannya ditukar kepada nama Sekolah Kebangsaan Mentera pada tahun 1958.

Menurut sejarah, nama Mentera diambil sempena nama salah seorang pengiring Puteri Saadong iaitu Tengku Putera yang menetap di kampung ini semasa Puteri Saadong melarikan diri ke Bukit Marak.

Sekolah ini berada di bawah pentadbiran Pejabat Pelajaran daerah Kota Bharu. Jaraknya dengan bandar Kota Bharu lebih kurang 20 kilometer. 90% daripada murid-murid sekolah ini terdiri daripada anak-anak petani, pekebun kecil serta buruh dan tergolong dalam golongan berpendapatan rendah.

Guru besar yang pertama di sekolah ini ialah Encik Hussain bin Yaakub yang merupakan anak jati kampung ini. Antara guru-guru pengasas yang mula-mula mengajar di sekolah ini ialah Encik Daud bin Abd Rahman, Encik Sulaiman bin Awang, Encik Abdullah Zawawi bin Mamat, Encik Wan Ibahim bin Wan Hussain, Encik Husin bin Dollah dan Encik Yusuff bin Abdullah.

Pada asalnya sekolah ini mempunyai satu blok bangunan kayu beratap nipah. Namun begitu, sekolah ini telah bertukar wajah dengan pembinaan dua buah bangunan kayu pada tahun 1961 dan ditambah lagi dua buah bangunan kilat pada tahun 1986. Bangunan prasekolah pula dibina pada tahun 1992, dan diikuti pembinaan bangunan dua tingkat yang mengandungi lapan bilik darjah pada tahun 2000. Pada tahun 2007 sebuah bangunan kilat mengandungi lima bilik darjah telah dibina bagi menampung pertambahan murid dan kekurangan bilik-bilik khas.

Semenjak ditubuhkan sehingga kini, seramai 16 orang guru besar telah berkhidmat di sekolah ini.

SENARAI GURU BESAR

1. Yunus bin Abdul Rahman (1958 - 1960)
2. Mohamad bin Abdullah (1.1.1960 - 31.12.1967)
3. Ismail bin Awang (1.1.1968 - 31.12.1969)
4. Mahmood bin Daud ( 1.1.1970 - 22.8.1978)
5. Yusoff bin Ali (22.8.1978 - 30.9.1982)
6. Yusoff bin Ismail (1.10.1982 - 31.12.1984)
7. Tg. Mahmood bin Tg. Mahmood (1.1.1985 - 31.12.1987)
8. Salleh bin Harun (1.1.1988 - 31.12.1988)
9. Hassan bin Senik (1.1.1989 - 15.1.1990)
10.Zulkepli bin Ab Hamid (16.1.1990 - 1.7.1995)
11. Mohamad bin Che Noh (1.7.1995 - 15.6.1997)
12. Hjh Hamidah binti Awang Mat (16.6.1997 - 15.11.1997)
13. Che Soh @ Yusoff bin Hj Che Leh (16.11.1997 - 30.6.2000)
14. Hjh Patimah binti Abu Hassan (1.7.2000 - 31.12.2000)
15. Hj Mohd Asri bin Mahmood (1.1.2001 - Sekarang)

No comments:

Post a Comment