Tuesday, October 23, 2012

Syabas dan Tahniah

Syabas dan tahniah kepada pasukan batu seremban sekolah kerana menjuarai Pertandingan Batu Seremban Peringkat Negeri Kelantan yang berlangsung di Sekolah Kebangsaan Sri Tumpat 2 pada 23 Oktober 2012. Kejayaan ini adalah rentetan daripada beberapa kejayaan dalam bidang kebudayaan yang pernah disertai oleh sekolah ini sama ada pada peringkat QIT, daerah dan negeri. Pasukan kebudayaan sekolah ini yang pernah menjuarai kejohanan peringkat QIT, Daerah Kota Bharu dan negeri sebelum ini seperti dikir barat dan coh.
Pihak pengurusan sekolah berharap kejayaan besar seperti ini akan berterusan pada tahun-tahun yang akan datang demi melonjakkan kecemerlangan sekolah ini dalam bidang kokurikulum.

Syabas dan Tahniah!

No comments:

Post a Comment