Tuesday, October 8, 2013

Sambutan Bulan Kemerdekaan dan Hari Malaysia

Acara utama untuk mengisi Program Sambutan Bulan Kemerdekaan dan Hari Malaysia pada tahun ini ialah acara berbasikal sejauh hampir 15 kilometer. Kembara Merdeka ini telah disertai seramai 60 orang murid dan diiringi oleh guru-guru dan kakitangan. Jawatankuasa penganjur telah mendapat kerjasama daripada pihak polis untuk mengawal keselamatan peserta-peserta sepanjang perjalanan. Terima kasih kepada semua yang telah terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan program ini.

Peserta-peserta sedang bersiap sedia untuk Program Kembara Merdeka

Cikgu juga turut mengambil bahagian


Basikal dihias dengan bendera Malaysia

Semasa berhenti rehat di rumah seorang kakitanga sekolah ini



Kami telah berjaya menjayakan misi ini!

No comments:

Post a Comment